Kawan

Maafkan aku kalau aku tak dapat jadi kawan yang baik untuk korang. Aku tau korang banyak kali kecewa dengan aku. Mungkin korang ada sebab tersendiri nak kecewa dengan aku. Maafkan aku kawan kawan. Maafkan aku. Yang dah pergi tinggalkan aku, aku relakan. Mungkin ada salah aku. Mungkin ada silap aku. Maafkan aku kawan kawan. Hmm. Kadang kadang aku leka dengan apa aku ada, kadang kadang aku lalai dengan sekeliling aku. Sakit, tapi takpe. Okay, aku nak buat pengakuan yang aku tak pernah buat sebelum nih. AKU SEORANG KAWAN YANG SANGAT SANGAT JAHAT UNTUK KORANG YANG SANGAT SANGAT BAIK. Maafkan aku kawan. Maafkan aku. Kalau kau rasa kau pergi dari aku itu menenangkan diri kau, kau pergi kawan. Hati aku, jiwa aku, tak perlu tahu. Biarkan aku terdampar disini. Mungkin ini balasan untuk orang yang macam aku. Yang tak dapat jadi kawan yang sempurna seperti mana kawan kawan kau yang lain. Maafkan aku. Aku pun manusia biasa yang tak pernah lepas dari kesilapan. Maafkan aku. Aku tak dapat halang jika itu yang kau mahu, aku tak dapat berkata apa apa jika itu yang kau mahu. Aku hanya mampu merelakan kepergian korang kawan. Maafkan aku kalau aku lupa korang, maafkan aku kalau aku berkasar dengan korang, maafkan aku kalau sakitkan korang. Percayalah kawan, aku hanya manusia biasa yang tak pernah buat kesilapan. Macam aku cakap, mungkin aku bukan yang terbaik diantara yang terbaik. Sakit, lagi sekali aku ungkapkan perkataan SAKIT. Tapi, aku kena salahkan diri aku. Mungkin kerana aku korang pergi. Mungkin kerana aku korang membenci. Mungkin semua nih kerana aku. Maafkan aku kawan. Kawan, aku doakan korang dari jauh, aku doakan korang dekat sini yea? Maafkan aku kawan. Demi Allah, aku tak pernah lupakan siapa yang datang dan pergi. Sayu, sayu sangat hati nih bila semua nih jadi. Tapi aku hanya mampu diamkan diri dan tahan rasa rindu yang meninggi. Sakit untuk memendam, sakit untuk merasa. Maafkan aku. Maafkan aku kawan.

*Selamat Berpuasa Kawan kawan (':
*Maafkan aku.
*Aku bukanlah yang terbaik diantara yang terbaik.

Izzat.

Sayang.
Terima kasih kerana hadir dalam diri ini,
Terima kasih kerana tahan dengan perangai diri ini,
Terima kasih kerana jadi yang terbaik untuk diri ini,
Terima kasih kerana sayang aku dengan sepenuh hati,
Terima kasih kerana ada dengan aku tak kira waktu,
Terima kasih kerana pernah menangis sebab aku, :p
Terima kasih kerana jaga aku.
Terima kasih kerana ambil berat pasal aku.


Sayang.
Kau mungkin tidak tahu,
Yang aku terlalu cintakan dirimu,
Mungkin kadang-kadang aku terasa tak berapa bagus untuk kamu,
Tapi percayalah sayangku,
Aku hanya perlukan kamu setiap waktu.

Walaupun kita masih baru,
Aku terlalu bersyukur kerana dianugerahkan kamu,
Kau hadir tepat pada waktu,
Tuhan sahaja tahu,
Bertapa aku mencintai dirimu.

Sayang,
Aku berdoa,
Agar kita kekal selamanya,
Walaupun jalan cerita kita tak di izin olehNya.

Kasih dan sayang yang kau berikan,
Akan aku simpan.
2 tahun kita bersama,
Sakit, kecewa, menangis,
Kita tetap sama,
Terima kasih nd atas segalanya.



Perjalanan kita masih panjang,
Berdiri disebelah aku,
Pegang tangan aku,
Peluk tubuh aku,
Pimpin perjalanan aku.
I Love You!

Ilman.

1306012.
Tarikh yang aku sudah sematkan dihati,
Tak mungkin aku lupa pada tarikh itu,
Kerana dia yang banyak dengan aku,
Pada suatu ketika dahulu.

Dia mengajar tentang erti hidup suatu ketika dahulu,
Yang aku tak pernah tahu,
Dia damping aku tak kira waktu.
Sayangnya dia dekat aku suatu ketika dulu :')

Aku berjalan dengan penuh kesabaran,
Aku hidup dengan penuh dugaan,
Aku diterima walaupun banyak kekurangan,
Terima kasih aku ucapkan :')

Tuhan.
Apa pun yang terjadi,
Kau terimalah doa yang aku dirikan tiap-tiap hari,
1306012 menjadi kenangan yang di simpan didalam hati.

S.A.H.A.B.A.T

Ke hadapan mereka yang dikasihi,
Aku hanya ingin kau mengerti,
Sebaknya dada ini bila mengetahui,
Mengetahui tentang apa menyakitkan hati.

Aku mengeluh untuk ke sekian kali,
Bila terbuka sesuatu yang suci,
Membaca tanpa menghiraukan mereka yang memperhatikan diri ini,
Mengalir air mata tanpa sedari.

Sakit mencucuk dada,
Bila baca apa yang dia telah coretkan di sana,
Sebak menjelma,
Dan sekali lagi aku cuba menahan dari menitiskan air mata.

Kau kuat,
Kau harus kuat,
Kau kena kuat,
Kau mesti kuat.

Itu yang sering aku ungkapkan bila baca,
Tak lupa juga doa untuk dia,
Semoga sihat sejahtera,
Itu yang aku, atau kami pinta.

Tuhan!
Tabahkan hati dia,
Tabahkan hati kami yang melihatnya,
Tabhakan hati siapa sahaja.

Susah untuk aku mengalirkan air mata,
Susah kerana ego yang ada,
Tapi entah kenapa,
Laju air mata bila membaca,
Mungkin aku juga merasa,
Apa yang dia rasa :')
Mungkin tidak sama,
Tapi aku percaya,
Aku juga merasa :)

Bukan aku sorang yang mengalirkan air mata,
Bukan aku sorang yang tau sebak didada,
Bukan aku sorang yang tahan hiba,
Bukan aku sorang yang cover segalanya.

Mereka,
Mereka yang digelar sahabat juga turut merasa apa yang aku rasa,
Itulah makna SAHABAT yang aku sudah sematkan,
Ada yang terjatuh bila dapat tahu,
Ada yang mengawal perasaan bila dapat tahu,
Ada yang memaki hamun suruh makan dan makan ubat,
Ada yang masih mencari-cari kenapa kita macam ini,
Ada yang cuba jadi badut taknak fikirkan apa-apa,
Ada yang merintih sedih tapi cover taknak dia tahu.

Argh!
Tak dapat nak teruskan,
Maaf kawan,
Saya terpaksa hentikan,
Salam perpisahan :'(

Titip rindu buat Atok :'/

Atok...
Penantian yang orang nantikan selama ni terhenti,
Bila Atok tak muncul-muncul lagi,
Dari sehari ke sehari,
Oh penat sekali,
Tapi aku kuatkan hati,
Aku percaya yang  Atok  akan muncul lagi.

Kuatnya rindu dihati,
Hanya Tuhan yang mengerti,
Benci untuk rasa semua ini,
Tapi....
Aku pasti,
Atok masih ingat pada diri ini,

Terkenang pada waktu dahulu,
Gelak bersama tanpa mengira waktu,
Aku dibelai,
Aku dicium,
Aku dipeluk erat,
Aku dipapah bila sakit,
Aku dijaga dengan baik,
Terima kasih  Atok ,
Air mataku mengalir saat terkenang,
Air mataku mengalir saat kerinduan,
Air mataku mengalir saat engkau diperlukan.

Kini hanya kenangan yang dapat aku imbas kembali,
Sakit hanya Tuhan yang mengerti,
Sedih hanya hati yang memahami.

Jeritan aku disini bukan kau dengar disana,
Sakit aku kini,
Aku menanggung sendiri,
Bertapa pedih untuk berdiri,
Dan sekali lagi,
Hanya Tuhan saja yang mengerti.

Atok..
Kalau kau baca coretan hati ini,
Alngkah indahnya dunia ini,
Gembira aku seakan aku terbang dari duniawi,
Tapi sayang sekali,
Kau tak pernah tahu dan peduli,
Bagi kau, ia seakan kertas yang tidak bercontengkan apa apa di dalam ini,
Aku mengeluh untuk kesekian kali....

Hmmmmm.
Atok,
Jaga diri,
Adik selalu ada untuk rindu  Atok  yang dah jauh pergi,
Membina hidup baru tanpa keluarga lama disini,
Kami terkapai-kapai hilangnya seorang insan yang bernama  Atok.
Tuhan, tabahkan lah hati ini,
Untuk mereka yang aku sayangi.

Atok.....
"Kini adik sekarang banyak menanggung beban."
Ingatkah lagi lagu ini kita sering nyanyi bersama,
Dalam kereta tak kira ke mana hala tujuannya,
Kini terkena dibatang hidung adik , Atok.
Sekarang  banyak menanggung beban,
Sakit aku sendiri,
Sedih aku menyendiri,
Menangis aku lap air mata sendiri....

Angin....
Sampaikan salam rindu pada Atok,
Semoga dia mengerti,
Seksa rindu adik disini.........


*Selamat hari jadi yang bakal tiba Atok..........

K.

Jiwa aku meronta,
Jiwa aku menderita,
Jiwa aku sengsara.

Izinkan aku berbicara,
Izinkan aku bersuara,
Izinkan aku bercerita.

Ingin saja aku menjerit sehingga terkeluar anak tekak,
Dan....
Ingin saja aku menangis sehingga air mata darah mengalir.

Semoga aku kuat,
Eh aku memang kuat.
Perasaan celaka!
Sila berambus segera!

Diri hina dicaci,
Diri hina dimaki,
Diri hina dikeji,
Oh Tuhan!
Dugaan lagi.

Terima kasih pada siapa yang ada,
Terima kasih pada cinta,
Terima kasih segalanya,
Terima kasih semua.

Izzat , kenapa awak berubah ? :'(

Awak , saya perasan perubahan awak . Tapi say tak nak cakap sebap saya takut kehilangan awak ! Awak , semakin lama kita kawan semakin banyak saya sayangkan awak . Semakin lama kita kawan , saya belajar mencintai awak . Dan hari demi hari membuatkan saya takut kehilangan awak . Saya takut perkara itu terjadi :/

Awak , kenapa awak tak kotakan setiap janji-janji dan kata-kata awak ? Awak betul ke yang awak akan bersama dengan dengan kekasih lama awak ? Ya Allah betapa hancur dan kecewa nya hati saya . :'( Tapi saya tak mampu buat apa-apa kerana saya bukan kekasih awak . Saye sedar diri saya awak . :'(

Awak , kenapa awak hancurkan cinta yang pernah kita bina ? Kini awak dah tak sayang saya , berterus teranglah . Janganlah siksa saya . Tak sanggup lagi saya menangung . Dugaan cinta yang awak beri terhadap saya . Sakitnya hati saya . Sampainya hati awak . :'(

Awak , awak tak tahu ke yang saya masih lagi menagih janji-janji yang pernah awak tabur dulu . Mana awak harapan yang awak berikan ! Hmm , kalau betul awak akan bersama dengan dia . Saya redha . Saya pasrah awak . Mungkin saya bukan yang terbaik untuk awak . Atau mungkin jodoh kita memang tiada . :/

Dulu semuanya indah . Tapi segalanya bertukar apabila hadirnya orang ke-3 . Jikalau awak baca luahan hati saya , saya nak awak tahu yang saya benar-benar sayang & cintakan awak . Jikalau awak kecewa pandanglah kebelakang saya masih menungu awak . Hati saya tetap untuk awak .

Saya belajar untuk perbaiki diri saya untuk menjadi yang terbaik untuk awak . Saya belajar memaafkan setiap kesilapan awak . Tetapi saya tidak pernah dan tidak akan belajar untuk terus tersenyum melihat orang yang saya cintai , cintai orang lain .

Sesungguhnya saya berpegang kepada satu pepatah "Jika kita kehilangan orang yang saya sayang ,jangan lah kita bersedih kerana orang itu yang patut bersedih kerana dia telah kehilangan orang yang benar-benar menyayanginya" Assalammualaikum .