S.A.H.A.B.A.T

Ke hadapan mereka yang dikasihi,
Aku hanya ingin kau mengerti,
Sebaknya dada ini bila mengetahui,
Mengetahui tentang apa menyakitkan hati.

Aku mengeluh untuk ke sekian kali,
Bila terbuka sesuatu yang suci,
Membaca tanpa menghiraukan mereka yang memperhatikan diri ini,
Mengalir air mata tanpa sedari.

Sakit mencucuk dada,
Bila baca apa yang dia telah coretkan di sana,
Sebak menjelma,
Dan sekali lagi aku cuba menahan dari menitiskan air mata.

Kau kuat,
Kau harus kuat,
Kau kena kuat,
Kau mesti kuat.

Itu yang sering aku ungkapkan bila baca,
Tak lupa juga doa untuk dia,
Semoga sihat sejahtera,
Itu yang aku, atau kami pinta.

Tuhan!
Tabahkan hati dia,
Tabahkan hati kami yang melihatnya,
Tabhakan hati siapa sahaja.

Susah untuk aku mengalirkan air mata,
Susah kerana ego yang ada,
Tapi entah kenapa,
Laju air mata bila membaca,
Mungkin aku juga merasa,
Apa yang dia rasa :')
Mungkin tidak sama,
Tapi aku percaya,
Aku juga merasa :)

Bukan aku sorang yang mengalirkan air mata,
Bukan aku sorang yang tau sebak didada,
Bukan aku sorang yang tahan hiba,
Bukan aku sorang yang cover segalanya.

Mereka,
Mereka yang digelar sahabat juga turut merasa apa yang aku rasa,
Itulah makna SAHABAT yang aku sudah sematkan,
Ada yang terjatuh bila dapat tahu,
Ada yang mengawal perasaan bila dapat tahu,
Ada yang memaki hamun suruh makan dan makan ubat,
Ada yang masih mencari-cari kenapa kita macam ini,
Ada yang cuba jadi badut taknak fikirkan apa-apa,
Ada yang merintih sedih tapi cover taknak dia tahu.

Argh!
Tak dapat nak teruskan,
Maaf kawan,
Saya terpaksa hentikan,
Salam perpisahan :'(

No comments:

Post a Comment