Terima kasih Tuhan! :')

Terima kasih aku panjatkan kepadaMu Ya Tuhan...

Sudah terlampau banyak Kau beri dugaan,
Aku terima dengan rasa tidak keruan,
Tapi mulut tak pernah lepas dari menyebut namaMu Tuhan.

Sampai suatu masa,
Kau jatuhkan dugaan yang besar untuk aku,
Aku percaya,
Dugaan itu Kau nak rehatkan aku.

Aku terbaring kesakitan,
Aku terbaring melawan segala perasaan,
Pada ketika itu aku tahu,
Aku tengah berlawan dengan dugaan.

Seharian aku terbaring,
Seharian juga badan aku panas seumpama dibakar hidup-hidup,
Seharian itu juga buat badan aku lemah tak bermaya.

Aku dikejarkan ke klinik, *Terima kasih kawan.
Selepas itu aku dikejarkan ke hospital *nazaknya aku.

Kalau aku terlambat,
Pasti aku tak ada untuk cerita semua ini *sakit kau tahu?

Aku bersyukur,
Kerana aku masih lagi boleh hidu,
Hidu udara yang segar,
Tapi sekejap!

Semua itu sekejap, selepas itu aku kembali hidu udara yang lalu.
Eh sumpah sakit kau tahu.
Mana aku nak lawan sakit ini,
Mana aku nak lawan sakit itu.

Haesh.

Tapi.. Kau perasan tak,
Sebenarnya aku masih kental untuk semua itu *perasan :'D

Akhir kata,
Aku panjatkan doa kepada Tuhan,
Terima kasih kerana beri aku peluang untuk segalanya,
Akan aku simpan dugaan yang sudah hilang lama,
Dan aku sedia untuk dugaan yang bakal menjelma.

Aku bersyukur Tuhan,
Sudah seminggu aku jalankan pembedahan,
Aku sudah pulih walaupun hanya separuh jalan.

Terima kasih kepada siapa yang menjaga,
Aku tak dapat balas apa-apa,
Melainkan doa kepada Tuhan,
Sihatkan mereka seperti sediakala.

Terima kasih kawan.
Yang datang bekalkan semangat,
Yang datang untuk hiburkan,
Yang datang saja nak melawat.

Aku bersyukur padaMu Tuhan *senyum :')

No comments:

Post a Comment