Ada masa kita ceria,
Ada masa kita bermasam muka,
Ada masa kita lupa sesama kita.
Kerol,
Even apa pun kau lalui,
Aku mohon kau tabahkan hati,
Aku mohon kau sentiasa menadah tangan dan berdoa pada Illahi.
Kerol,
Terima kasih datang tanpa diundang,
Terima kasih curah rasa kasih dan sayang.
Kerol,
Andai takdir mengatakan suatu hari nanti kita terpaksa berpisah,
Aku merayu agar kau terima aku sebagai temanmu,
Andai takdir mengatakan aku pergi dahulu,
Aku mohon kau doakan aku.
Kerol,
Banyak dugaan kau dengan aku.
Hanya Tuhan saja yang tahu,
Kerana dia yang menulis segalanya tentang kau dan aku,
Bagaimana sekalipun,
Aku tetap bersama kamu,
Walau beribu batu halangan kau dan aku.
Kerol,
Mungkin ada separuh dari mereka tidak memahami keadaan kita,
Mungkin ada separuh dari mereka tidak mengerti dengan kita,
Mungkin ada separuh dari mereka tidak mengerti cerita kita,
Mungkin ada separuh dari mereka tidak pernah lepas dari cemburukan kita.
Biarkan mereka nak bercerita apa,
Biarkan mereka nak kata apa,
Biarkan mereka dengan dunia mereka,
Dan..
Biarkan mereka sehingga mereka tutup mulut mereka.
Terima kasih datang,
Terima kasih sayang.
Kenangan kita sentiasa diingatan,
Walaupun aku tiada lagi disini,
Untuk menjagamu seperti hari-hari lalu.

No comments:
Post a Comment