Hari itu aku lihat kau dari jauh . Kau senyum dan kau ketawa . Senyum itu ikhlas dan ketawa itu bahagia . Tapi sayang , senyum itu bukan untuk aku , ketawa itu bukan kerana aku . Aku yang melihat cuma bisa tersenyum dan senyuman itu hanya kerana kau bahagia.
"husna , kenapa kau mintak clash dengan dia?"
"husna , kenapa kau buat macam tu dekat dia?"
Aku diam . Cuma itu yang mampu aku lakukan . Banyak yang aku nak terangkan , banyak yang aku nak jelaskan tapi pada siapa aku nak luahkan ? Argghh , tiada siapa . Mungkin mereka mendengar tapi mereka tidak merasai . Mungkin mereka faham cerita aku tapi mereka tidak memahami perasaan aku . Semuanya tentang aku dan hakikatnya cuma aku yang mengetahui .
Kawan aku salahkan aku . Kata mereka , "Kau ego . Kau cuma fikirkan perasaan kau". Adakah aku yang salah ? Adakah aku yang sepatutnya dihukum ? Mereka tidak tahu cerita sebenar , tapi mereka salahkan aku . Mereka melihat tetapi mereka tidak mendalami maka patut kah aku yang dipersalahkan ? Semua yang aku lakukan bersebab . Kau mungkin tidak tahu , semua orang mungkin tidak tahu tapi aku , aku tahu segala-galanya . Cuma aku .
Walaupun kau dan aku sudah jauh , tapi aku masih boleh tersenyum kerana kau masih ada . Kau sentiasa ada walaupun kau jauh dari aku . Aku bahagia kerana kau , aku senyum kerana kau . Semuanya kerana kau Mr S .
p/s: Turun lah hujan . Aku ingin menangisi rasa rindu ini bersama kau #
No comments:
Post a Comment